KAWAN-KAWANKU

Sunday, 6 October 2013

Tentang Aku & Kamu..

sayang...
Taukah kamu berapa lama masa yang kita lewati bersama??
Aku tak ingin tahu,
Kerana kamu selamanya bagiku...
Bersamamu,
Tangisanku kan terurai menjadi tawa
Dukaku kan terpecah menjadi bahagia
Dan airmata yang terlanjur jatuh...
Takan berubah menjadi nestapa
Denganmu,kepenatanku tergilas sirna
Terkadang disatu waktu dan ketika..
Prasangka pernah menjauhkanmu dariku...
Tapi sungguh sayang..
Amarah takkan bisa bertahan lama dikalbuku..
Kusadari aku terikat jauh kedalam hatimu...
Ingatkah sayang...
Kita pernah duduk bersama...
Melukis langit dengan impian...
Tentang aku,kamu dan kehidupan...

ikhlas
Rozanahasyirah
010587

Wednesday, 6 June 2012

MENGISI CUTI REHAT

assalammualaikum kawan2 blog..
hari ni baru ada mood mau menulis..
baru sihat la katakan...
hehehehe..
sebenarnya kan,beberapa hari yang lepas..
Saya pergi ke rumah terbalik..
yang di Tuaran tu..jalan mahu pergi ranau..
bestlah sb dapat juga masuk didalamnya..
terujah sangat mahu tengok pa sebenarnya didalamnya..
huuuuuuuuuuu!!!
amat2 memboringkan la pulak...
jap2..mau tengok pic ka??
ada ni..
jap ar..
nah..
:)"

Ni Tiketnya..
Rm15.00 = harga untuk pelancong
Rm10.00 = harga untuk dewasa(warganegara)
Rm5.00 = harga untuk dewasa(pelajar & mesti ada id pelajar)
Rm3.00 = kanak2 bawah umur 12 tahun
kanak2 berumbur 3 tahun kebawah masuk free

super model gtu yaaa..:)"


sempoi gtu..:)

waaa..mcm slim skit laaa...:)"

happynya..

bergaya ala2 model gtu...

pintu belakang suda ni..

cute kan..:)

saya..:)

cafe di rumah terbalik





huuuu...pic ja banyak..
tapi sebenarnya tiket ja mahal...
pusing2 dalam ni..
ambik masa 5 minit hingga 10 minit ja pun..
rugi lo x ambik pic banyak2 d sini..
:)"




Nukilanku...
Rozanahasyirah
010587

Monday, 28 May 2012

HAPPY BIRTHDAY MAMA

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA
Sudah beberapa hari rasanya tidak mencoretkan blog ini dengan hasil karya tersendiri,
Para kawan2 yang selalu mengunjungi blog ini,
Hari ini saya akan berkongsi kenangan yang tidak akan dilupakan dalam hidup ini,
Kenangan yang amat bermakna buat seorang anak,
Lagi2 anaknya jarang sekali untuk balik ke kampung halaman,
Kerana kesebokan kerja yang menjadi penghalang.

Untukmu MAMAku..

Para pengunjung sekalian,
Walaupun saya jarang sekali balik ke kampung halaman,
Namun begitu, tidak sekali saya lupa akan MAMA & BAPA saya,
Saya sanggat menyayangi mereka,
Tetapi sayang saya ini, sukar untuk dilafazkan kepada mereka,
Bagi saya, cukuplah sayangku ini hanya nampak dengan perbuatan dan didalam hati kecilku,

MAMA & LATIFAH(MENANTU), ROZLANI (ANAK)

Perkataan sayang itu bagiku,
Adalah satu kesukaran untuk saya lafazkan,
Mungkinkah saya terlalu EGO?
Memang EGO saya terlalu tinggi...

MAMA & CUCU2NYA

Tarikh 25 Mei 1955,
Adalah tarikh yang bersejarah buat MAMA yang tercinta,
Tarikh tersebut adalah tarikh MAMA di lahirkan oleh Nenek,
Yang mana, MAMA adalah anak yang ke-6 dari 13 orang adik-beradik..

MAMA & 2 ORANG ANAK PEREMPUANNYA

Dan pada 25 Mei 2012 baru2 ini adalah hari memperingatinya,
Kami adik-beradik dan mernantu MAMA telah meraikannya,
Meraikan kelahiran MAMA,
Sebagai tanda SAYANG kami akan MAMA...

MAMA & ADIK BUNGSU "CHEACHE"

Satu yang saya pendam dalam hatikecil ini sehingga bila2,
Ialah,
SAYA SAYANG MAMA...
SAYA CINTA MAMA...
SAYA RINDU MAMA...
Kerana tanpa IBU, siapalah saya di sini..

MAMA & AMNI(ANAK ANGKAT), IDA(MENANTU)

Kini MAMA sudah genap 57 tahun...
MAMA HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU,
SALMAH...

PERISA RED BERRY & ICE CREAM YAMS

KEK KHAS BUAT MAMA, IKHLAS DARI ANAK2 & MENANTU





Salam Peringatan & Penghargaan Buat Ibu Tersayang
Salmah Binti Sagi
25 Mei 1955
Rozanahasyirah
010587

3 MALAM TANPA BINTANG

Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu


Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya


Tiga malam tanpa bintang
Dan diriku dihimpit penyesalan
Arah tuju kian fana
Kerna hilangnya manira
Bagaikan siang diselubung gerhana


Kembalikan senda tawa
Pulangkanlah manis disenyum manja
Ku pahatkan keinsafan
Dan patrikan kesetiaan
Sehingga nadi menafikan nyawa


Kasih.. maafkan diriku
Banyak dosaku padamu
Tidak terhitung jari jemari daku
Tak dapat dibilang bagai bintang beribu
Sukarnya diriku menebus kekhilafan yang lalu


Kasih.. engkau tak bersalah
Hanya hatiku yang buta
Tulus dan ikhlas kau korban jiwa raga
Dan tanpa belas ku buat kau kecewa
Ku tahu dirimu sukar melupakan segalanya
Kasih…

Terkenangkan Akan Mereka
Rozanahasyirah
010587
FIQ MENTOR

DAMBAAN CINTA

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati,
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi,
Renungan mata bukan pandangan biasa.

Bertahun andai terjalin hingga waktu ini,
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama,
Semakin berputik perasaan ini.

Kini baru ku sedari,
Selama ini kau ku sayangi,
Andai bukan ini hakikatnya,
Mengapa rindu yang ku rasa.

Mungkin tiada ku fahami,
Tidak dapat ku nafikan lagi,
Beban rasiah kian membakar diri.

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta,
Mungkinkah dibiar terdampar,
Kasih tidak kesampaian,
Naluri bisik bukannya dambaan cinta.

Kini baru ku sedari,
Selama ini kau ku sayangi,
Andai bukan itu hakikatnya,
Mengapa rindu yang ku rasa.

Mungkin tidak ku fahami,
Tidak dapat ku fahami lagi,
Beban rasiah kian membakar diri.

Ikhlas ku nyatakan,
Kau yang ku sayangi,
Kau yang ku cintai,
Walau tidak mampu ku miliki.

Ingin ku luahkan,
Mungkin satu hari,
Kan terbuka pintu hati,
Dapat jua kau terima,
Diriku akhirnya.

Ikhlas ku nyatakan,
kau yang ku sayangi,
Kau yang ku cintai,
Walau tidak mampu ku miliki.

Ingin ku luahkan,
Mungkin satu hari,
kan terbuka pintu hati,
Dapat juga kau terima,
Diri ku akhirnya.

Ikhlas Dari
Rozanahasyirah
010587

Thursday, 24 May 2012

UNTUK IBU

Ibu...
Kau adalah wanita yang telah melahirkanku,
Merawatku, Membesarkanku, Mendidikku,
Hingga diriku telah menjadi dewasa.

Ibu..
Kau adalah wanita yang selalu berjaga,
Tatkala aku dalam buaian,
Tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri,
Tatkala pertutku terasa lapar dan haus,
Dan tatkala kuterbangun di waktu pagi,
Siang dan malam.

Ibu...
Kau adalah wanita yang penuh perihatin,
Bila aku sakit,
Bila aku terjatuh,
Bila aku menangis,
Dan bila aku kesepian.

Ibu...
Telah kupandang wajahmu diwaktu tidurmu,
Terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan,
Terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran,
Terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang,
Terdapat pula sinar kelelahan kerana menjaga aku.

Aku...

Aku yang selalu menyusahkanmu,
Aku yang selalu meminta perhatianmu,
Aku yang telah menghabiskan air susumu,
Dan aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangisanmu,

Ibu...
Engkau menangis kerana aku,
Engkau sedih kerana aku,
Engkau menderita kerana aku,
Engkau kurus kerana aku,
Dan engkau korbankan segalanya untuk diriku.

Ibu...
Jasamu takkan pernah terbalas,
Jasamu takkan pernah terbeli,
Jasamu takkan pernah ada akhirnya,
Jasa-jasamu terlukis indah di dalam syurga.

Ibu...
Hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu,
Kerana jasamu tiada pernah terbalas olehku,
Hanya tangisanku sebagai saksi,
Atas rasa cintaku padamu,
"IBU AKU SAYANG KEPADAMU"

Ibu...
Ibu saat kau terduduk dalam lelah,
Yang sangat aku khuatir,
Aku rasakan salah bergumpal-gumpal.

Ibu...
Saat kau menasihatiku,
Aku mengerti, Aku faham,
Semua harapanmu inu,
Saat melihatmu menangis,
Aku hancur saat melihatmu sakit,
Aku hancur.

Aku...
Aku tidak kuat kerana air matamu,'
Kerana air matamu adalah butiran-butiran kristal,
Dari lelahnya sebuah perjuangan,
Disitu tercetak dosaku..

Karena...
Kerena sakitmu adalah tumpukan beban,
Beban yang kau bawa disitu pula tercetaknya DOSAKU,
Melihat itu semua, akuharus berbuat APA?
Aku tidak kuat.

Aku...
Aku amat bersalah terhadap ibu,
Rasanya percuma aku pergi mengejar cita-cita,
Kalau ibu lelah dan sakit,
Lalu aku diam sahaja,
Aku amat merasa bersalah terhadap ibu.
Salah seorang yang dapat menenangkan diri ku,
Ialah hanya ibu ku.

Pada...
Pada saat kau duduk kelelahan,
Memandang anakmu dengan kebahagiaan,
Kurasa malaikat dilangit melimpahkan Selawatny,
Kepadamu ibuku dan Tuhan berikan senyuma,
Senyuman rahmat-Nya khusus buatmu ibuku.

Ibu...
Selamat Hari Lahir yang ke-57 ibuku,
Selamat menempuihi kehidupan mu ibuku,
Selamat memperjuangkan anakmu ini ibuku..

Khas Ku Tulus Untuk Ibuku 
Rozanahasyirah
010587
Salmah Binti Sagi
25/05/1955




KAU SENTUH HATIKU

Terima kasih atas pemberian mu, 
Terima kasih atas apa yang telah ku sedari, 
KAU selalu menemaniku tanpa ku sedari, 
KAU tidak pernah biarkan aku, 
Sendirian menjalani hidup ini, 
KAU selalu menemaniku.

Terima kasih kerna KAU telah menyentuh hatiku, 
Di kala aku lalai dipentas duniawi, 
KAU telah memperingatiku, 
KAU selalu lupa memberi rancangan yang terbaik untukku, 
Walaupun aku selalu lupa pada MU, 
Tetapi KAU masih member peluang padaku.

Terima kasih YA Allah, 
KAU telah menyentuh hatiku dengan kasih sayingmu, 
KAU telah mengubah hidupku menjadi yang baru, 
Bagai emas yang murni berkilauan, 
KAU telah membentuk kekuatan hatiku.

Perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan, 
KAU tidak pernah lelah untuk memberi, 
Tidak pernah sedikitpun KAU meminta. 
Terima kasih kerana menyentuh hatiku, 
Terima kasih atas kasih sayangMU, 
Sebuah kasih yang selalu memberi, 
Bagai air mengalir yang tidak pernah berhenti..

Tersentuh Sungguh Hatiku
Rozanahasyirah
010587