KAWAN-KAWANKU

Showing posts with label HATI. Show all posts
Showing posts with label HATI. Show all posts

Monday, 28 May 2012

DAMBAAN CINTA

Ungkapan kata selindung hasrat nan di hati,
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi,
Renungan mata bukan pandangan biasa.

Bertahun andai terjalin hingga waktu ini,
Gurauan mesra menghiasi masa kita bersama,
Semakin berputik perasaan ini.

Kini baru ku sedari,
Selama ini kau ku sayangi,
Andai bukan ini hakikatnya,
Mengapa rindu yang ku rasa.

Mungkin tiada ku fahami,
Tidak dapat ku nafikan lagi,
Beban rasiah kian membakar diri.

Kalimah cinta selongkar renungan dicipta,
Mungkinkah dibiar terdampar,
Kasih tidak kesampaian,
Naluri bisik bukannya dambaan cinta.

Kini baru ku sedari,
Selama ini kau ku sayangi,
Andai bukan itu hakikatnya,
Mengapa rindu yang ku rasa.

Mungkin tidak ku fahami,
Tidak dapat ku fahami lagi,
Beban rasiah kian membakar diri.

Ikhlas ku nyatakan,
Kau yang ku sayangi,
Kau yang ku cintai,
Walau tidak mampu ku miliki.

Ingin ku luahkan,
Mungkin satu hari,
Kan terbuka pintu hati,
Dapat jua kau terima,
Diriku akhirnya.

Ikhlas ku nyatakan,
kau yang ku sayangi,
Kau yang ku cintai,
Walau tidak mampu ku miliki.

Ingin ku luahkan,
Mungkin satu hari,
kan terbuka pintu hati,
Dapat juga kau terima,
Diri ku akhirnya.

Ikhlas Dari
Rozanahasyirah
010587

Thursday, 24 May 2012

KAU SENTUH HATIKU

Terima kasih atas pemberian mu, 
Terima kasih atas apa yang telah ku sedari, 
KAU selalu menemaniku tanpa ku sedari, 
KAU tidak pernah biarkan aku, 
Sendirian menjalani hidup ini, 
KAU selalu menemaniku.

Terima kasih kerna KAU telah menyentuh hatiku, 
Di kala aku lalai dipentas duniawi, 
KAU telah memperingatiku, 
KAU selalu lupa memberi rancangan yang terbaik untukku, 
Walaupun aku selalu lupa pada MU, 
Tetapi KAU masih member peluang padaku.

Terima kasih YA Allah, 
KAU telah menyentuh hatiku dengan kasih sayingmu, 
KAU telah mengubah hidupku menjadi yang baru, 
Bagai emas yang murni berkilauan, 
KAU telah membentuk kekuatan hatiku.

Perjalanan hidup ini telah mengajarku tentang kehidupan, 
KAU tidak pernah lelah untuk memberi, 
Tidak pernah sedikitpun KAU meminta. 
Terima kasih kerana menyentuh hatiku, 
Terima kasih atas kasih sayangMU, 
Sebuah kasih yang selalu memberi, 
Bagai air mengalir yang tidak pernah berhenti..

Tersentuh Sungguh Hatiku
Rozanahasyirah
010587

Tuesday, 22 May 2012

AIR MATAKU RINDU

Hati...
Hati jiwa ini andai kau tahu,
Menangis merindu,
Merintih merindu
Menanti dirindu,
Tersangat rindu..
Menitis air mata ku..

Kata...
Kata yang satu menyepi,
Kalam yang satu menyendiri,
Menyapa hati.. Kalbu yang dingin..
Tertitis air mata ku...

Kamu...
Kamu sampai bila lagi..
Kamu sampai ajalku mati?
Sesungguhnya hati jiwa ini andai kau tahu..
Ingin menyapa kamu..
Tidak Sanggup lagi sendu..
Kerana air mata ku jatuh...

Sungguh...
Sesungguh aku rindu...
Merindu yang tidak sudah,
Merindu sunggu nan gundah,
Alpaan tangisan ini mengapai semangat,
Pada alam yang satu,
Pada dingin yang kalbu..
Andai air mata ku untuk rindu mu..

Kini..
Aku faham hati jiwa mu Putera ku,
Faham akan jiwamu yang tidak habis rindukan Puteri mu,
Biar bulan kejam,
Engkau tetap di situ..
Menanti merindu...
Meniti merindu....
Air mata ku tersendu..

Apa..
Apa akhirnya rindu kita wahai Puteraku?
Apa sudahnya rindu dihati mu?
Apa mulahnya air mata ku?
Apakah itulah jawapannya rindu ku pada mu...

Hati Yang Satu ini...
RozanahAsyirah

Thursday, 17 May 2012

OMBAK RINDU KU..


Aku meniti disebuah pantai, pantai yang sering bermain dengan ombak. Aku hanya terpaku menyaksikan sebuah kehadiran, seorang putera yang mengisi kekosongan.. lalu… aku lihat ombak ganas menyambar pandangan, pandangan pada putera yang berdiri gagah.. kini… pandangan ku kosong tanpa bayangan, aku hanya menyaksikan keindahan, lantaran diri belenggu dengan penderitaan, tangisan sebuah derita sering bergema, berlagu… beralun… dengan irama yang gulana, aku sering bertanya.. mengapa derita untuk diri ini, mengapa hati perlu menangis, hanya aku sering bersuara, tapi tidak ku temu jawapan yang indah, adakah tangisan derita telah bermula?.. mengapa menangis hati yang derita?.Lantar persoalan terus di minda..

Semalam…
Tangisan memecah sebuah kesunyian, aku ibarat empangan yang telah hilang kawalan, hanya kerana menanti, seorang putera yang hilang dari pandangan, wahai putera… di mana kau menghilang, adakah kau hanya hadir dikala aku kesepian??.

Hari ini…
Bayangan sang arjuna datang kembali, menyeri sekeping hati yang tidak pasti, hadirlah dikau wahai arjuna.. hadirlah mengisi kekosongan hati.. gembirakan sebuah hati yang telah lama menyepi, gembirakan seorang perindu yang sedang merintih, hanya menunggu sang arjuna yang tidak kunjung lagi…menanti saat-saat cinta berputik kembali.

Tangisan..
Tangisan sebuah derita…hanya bermain dalam hatiku…hanya aku yang mampu merasainya, duka hatiku tiada siapa yang tahu, derita hatiku tiada penghujung, hanya aku yang merasai waktu walau sekecil kuman sekalipun… tiada apa yang mampu ku lakukan, hanya tangisan menjadi peneman tidurku…

HATI TERHIRIS..

Pada hari ini,
Buat sekian kalinya hatiku terusik kembali, terimbau kenangan lalu yang masih segar dalam ingatanku biarpun seringkali meruntuh hatiku. Hujan renyai yang membasahi bumi, seakan mengerti derita perasaanku ini serta yang kutanggung, sendu yang kuhitung bercampur-baur menjadi lukisan yang sukar difahami.

Tangisan!!
Hatiku menangis lagi, MERAUNG!! Batinku terseksa..oh Tuhan!!.Apa sebenarnya takdirmu untukku?. Apa sebenarnya hikmah semua ini?. Aku sudah tidak sanggup lagi meredah, Aku sudah tidak berdaya!! Aku letih!!

Mengapa!!
Mengapa dirinya masih kurindu?. Mengapa hatiku berat untuk melupakannya?. Mengapa???. Mengapa mesti dia yang kucinta?

Apa!!
Apa, tidak cukupkah penderitaan yang diberikan kepadaku dulu?. Jangan ditanya soal kecewah, kerana hatiku sudah lama menderita, parutnya masih berbekas dan berdara. Jadi,mengapa???. Mengapa dia harusku kenang lagi??

Hati!!
Oh hati…aku merayu, aku mohon kau lupakanlah dia, dia telah lama pergi dari hidupku, teruskanlah kehidupanmu dengan sebaliknya. Walau hati berderai, dia masih kucintai, kerana cinta itu fitrah dariNya, kasih itu anugerah dariNya. Cuma aku mahu kau lagi mengerti erti penderitaan sekeping hati...

Monday, 2 April 2012

HATI YANG TERASA

ASSALAMMUALAIKUM pembuka bicara...
aku sayang akan adik2 ku..tetapi aku tidak mampu untuk tunjukan kasih dan sayang ini..biarlah adik2 ku nampak akan sikap ku yang kuat marah...tetapi marah ku bukan untuk menyingkirkan adik2 ku dari hidup ku...marah ku untuk kasih dan sayang ku..

Tetapi....
kenapa kau mesti mengata yang tidak benar di belakang adik2 ku??
apa dosa adik2 ku dengan mu???
pernah kah adik2 ku menganggu hidup mu?
adakah adik2 ku menganggu tidur mu??

Bila kau susah, kau datang pada ku..dan tanpa segan silu..ko ceritakan akan keburukan adik2 ku..seolah2 kau ingin memisahkan dan merengangkan hubungan kami..tapi hati ini amat kuat menyatakan,bahawa adik2 ku tidak bersalah...aku tidak menyalahkan diri mu sepenuhnya, kerana kita manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan..

Selagi aku ada di sini..akan ku jaga adik2 ku..kerana aku terlalu sayang akan mereka...aku akan menegakkan keadilan untuk adik2 ku...

aku insan yang perihatin...:)

Tuesday, 20 March 2012

HATI YANG SAKIT

ASSALAMMUALAIKUM...
Jika kita tidak suka dengan apa yang dicadangkan atau dibincangkan, sila bagi tahu. bukanya mengata dibelakang saya. jika sudah dibagi tahu siapa yang perlu siapkan sesuatu kerja itu, sila lah ikut perkembanganya kepada orang itu. bukanya folow dengan orang lain. rasa serba salah pula bah. bila kita cakap "tidak tahu", kita juga yang dikata balik...SAKIT HATI KAN...

Kita tolong siapkan kerjanya, kita pula dicakap menyebok..padahal kita juga yang di tanya...BIKIN PANAS KAN???

Monday, 12 March 2012

RASA HATIKU

ASSALAMMUALAIKUM W.T.B

Bila kita sayang dan kasih terhadap seseorang itu, pastinya salah dan silap yang dilakukannya langsung tidak dihiraukan. kerana sayang dan kasih yang sanggat mendalam terhadapnya. mestikah dipersoalkan olehnya lagi? perlukan aku megatakan terus kepadanya yang aku sayang kamu? perlu kah diulang perkataan yang sama terhadapnya setiap kali berlaku pertengkaran..

Mengertilah, aku hanya ada kamu. walaupun di sekeliling ramai lagi yang rapat dengan aku, jawapan yang kamu akan dengar ialah "aku hanya dengan kamu".