KAWAN-KAWANKU

Showing posts with label UMUM. Show all posts
Showing posts with label UMUM. Show all posts

Sunday, 6 October 2013

Tentang Aku & Kamu..

sayang...
Taukah kamu berapa lama masa yang kita lewati bersama??
Aku tak ingin tahu,
Kerana kamu selamanya bagiku...
Bersamamu,
Tangisanku kan terurai menjadi tawa
Dukaku kan terpecah menjadi bahagia
Dan airmata yang terlanjur jatuh...
Takan berubah menjadi nestapa
Denganmu,kepenatanku tergilas sirna
Terkadang disatu waktu dan ketika..
Prasangka pernah menjauhkanmu dariku...
Tapi sungguh sayang..
Amarah takkan bisa bertahan lama dikalbuku..
Kusadari aku terikat jauh kedalam hatimu...
Ingatkah sayang...
Kita pernah duduk bersama...
Melukis langit dengan impian...
Tentang aku,kamu dan kehidupan...

ikhlas
Rozanahasyirah
010587

Saturday, 19 May 2012

4 UNSUR

Tanah = Anak Pertama, Anak Kelima, Anak Kesembilan
Air = Anak Kedua, Anak Keenam, Anak Kesepuluh
Api = Anak Ketiga, Anak Ketujuh, Anak Kesebelas
Angin = Anak Keempat, Anak Kelapan, Anak Keduabelas

TANAH
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis deria. ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. orang yang menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-harti, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

(JENIS PANCAINDERA ;SYAHWAT, KERING)
sedar mengenai hakikat diri, menjadi meterial, sabar, tabah hati, disiplin diri, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanyapada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. kepala angin, bimbang, tegas, tenan g, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. b adannya kurus, kurangv tidur, tidak sabar jima, selalu sihat banyak kerja.
Gambar Sekadar Hiasan
AIR
 Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Lemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

(JENIS PERASA : FIKIRAN, BASAH)
Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.

Gambar Sekadar Hiasan
API
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

(JENIS INTUITIF : CINTA, PANAS)
Pentingkan diri, megah, semangat tinggi, kompetatif, perlukan ruang, keanakan atau lurus, menaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitif, sentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

 Gambar Sekadar Hiasan
ANGIN
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

(JENIS PEMIKIR : JIWA, SEJUK)
Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana

Gambar Sekadar Hiasan

4 UNSUR BILA DIGABUNGKAN

Kenyataan di atas hanyalah kajian teori ahli falsafah

Wednesday, 11 May 2011

Tuesday, 8 March 2011

UJIAN


NABI AYUB A.S. adalah seorang nabi yang kaya dengan harta dan anak-anak, namun selepas beberapa ketika, beliau diuji dengan kesusahan yang berat. Semua anak-anaknya meninggal dunia dan harta benda-nya musnah. Tak cukup dengan itu, berbagai penyakit didatangkan kepadanya sehinggakan dua daripada tiga orang isterinya minta diceraikan. Beliau telah Berjaya menghadapi ujian kesenangan dan keperitan dengan sabar, tabah dan bijaksana.

Sebenarnya, semua menusia akan diuji. Orang kaya diuji, orang miskin pun diuji. Orang islam diuji, yang bukan islam pun diuji. Orang baik diuji, orang jahat pun diuji. Cuma cara kita diuji dan menerima ujian itu yang berbeza-beza.
   
 SEKADAR GAMBAR HIASAN.

UJIAN ITU ADA DUA BENTUKNYA.
Ujian yang satu susah dan ujian yang satu lagi senang.


                 -; manusia akan terasa diuji bila ditimpa kesusahan. Selalunya bila ditimpa kesusahan, manusia lebih mudah sedar diri. Senang mahu mintak tolong. Rasa hina dan lemah. Inilah cirri-ciri rasa kehambaan yang perlu disuburkan.


                -; ramai yang menyangka senang itu bukan ujian, sedangkan inilah ujian yang paling besar. Bila senang datang larangan yang selalunya diingat-ingatkan pun dilupa-lupakan. Sedangkan senang di dunia ini sekejap sahaja, kalau sudah lupa daratan, besar kemungkinan kita akan lebih teruji di Akhirat nanti.

MENGAPA DIUJI??

Kerana kita adalah “barang” ciptaan-Nya, Dia punya hak seratus peratus ke atas diri kita. Apa pula hak kita untuk menentang???


                -; Namun setiap apa yang Allah taqdirkan berlaku ada maksudnya yang perlu kita cungkil bersama. Ujian yang datang adakalanya adalah untuk penghapusan Dosa.


                -; Kadangkala adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.

               



-; Tapi kadangkala adalah kerana murka-Nya pada kita. Kerana kejahatan kita sudal terlalu berlebih-lebihan.

NIKMAT KITA DIUJI.

                -; Kalau ujian itu berbentuk kesusahan, adalah untuk menyedarkan kita bahawa yang kita ini adalah hamba. Tidak mampu berbuat apa-apa , lemah dan hina.

                -; Ujian kesenangan pula ialah untuk melihat macam mana kita menggunakan anugerah-Nya. Bukan setakat harta benda saja, tenaga, kepandaian, kehenseman pun kita kena pandai letak pada tempatnya.

"OK"(JUN 1996)