NABI AYUB A.S. adalah seorang nabi yang kaya dengan harta dan anak-anak, namun selepas beberapa ketika, beliau diuji dengan kesusahan yang berat. Semua anak-anaknya meninggal dunia dan harta benda-nya musnah. Tak cukup dengan itu, berbagai penyakit didatangkan kepadanya sehinggakan dua daripada tiga orang isterinya minta diceraikan. Beliau telah Berjaya menghadapi ujian kesenangan dan keperitan dengan sabar, tabah dan bijaksana.
Sebenarnya, semua menusia akan diuji. Orang kaya diuji, orang miskin pun diuji. Orang islam diuji, yang bukan islam pun diuji. Orang baik diuji, orang jahat pun diuji. Cuma cara kita diuji dan menerima ujian itu yang berbeza-beza.
SEKADAR GAMBAR HIASAN.
UJIAN ITU ADA DUA BENTUKNYA.
Ujian yang satu susah dan ujian yang satu lagi senang.
-; manusia akan terasa diuji bila ditimpa kesusahan. Selalunya bila ditimpa kesusahan, manusia lebih mudah sedar diri. Senang mahu mintak tolong. Rasa hina dan lemah. Inilah cirri-ciri rasa kehambaan yang perlu disuburkan.
-; ramai yang menyangka senang itu bukan ujian, sedangkan inilah ujian yang paling besar. Bila senang datang larangan yang selalunya diingat-ingatkan pun dilupa-lupakan. Sedangkan senang di dunia ini sekejap sahaja, kalau sudah lupa daratan, besar kemungkinan kita akan lebih teruji di Akhirat nanti.
MENGAPA DIUJI??
Kerana kita adalah “barang” ciptaan-Nya, Dia punya hak seratus peratus ke atas diri kita. Apa pula hak kita untuk menentang???
-; Namun setiap apa yang Allah taqdirkan berlaku ada maksudnya yang perlu kita cungkil bersama. Ujian yang datang adakalanya adalah untuk penghapusan Dosa.
-; Kadangkala adalah untuk meningkatkan darjat kita di sisi-Nya.
-; Tapi kadangkala adalah kerana murka-Nya pada kita. Kerana kejahatan kita sudal terlalu berlebih-lebihan.
NIKMAT KITA DIUJI.
-; Kalau ujian itu berbentuk kesusahan, adalah untuk menyedarkan kita bahawa yang kita ini adalah hamba. Tidak mampu berbuat apa-apa , lemah dan hina.
-; Ujian kesenangan pula ialah untuk melihat macam mana kita menggunakan anugerah-Nya. Bukan setakat harta benda saja, tenaga, kepandaian, kehenseman pun kita kena pandai letak pada tempatnya.
"OK"(JUN 1996)
No comments:
Post a Comment