KAWAN-KAWANKU

Showing posts with label LUAHAN. Show all posts
Showing posts with label LUAHAN. Show all posts

Thursday, 24 May 2012

UNTUK IBU

Ibu...
Kau adalah wanita yang telah melahirkanku,
Merawatku, Membesarkanku, Mendidikku,
Hingga diriku telah menjadi dewasa.

Ibu..
Kau adalah wanita yang selalu berjaga,
Tatkala aku dalam buaian,
Tatkala kaki-kakiku belum kuat untuk berdiri,
Tatkala pertutku terasa lapar dan haus,
Dan tatkala kuterbangun di waktu pagi,
Siang dan malam.

Ibu...
Kau adalah wanita yang penuh perihatin,
Bila aku sakit,
Bila aku terjatuh,
Bila aku menangis,
Dan bila aku kesepian.

Ibu...
Telah kupandang wajahmu diwaktu tidurmu,
Terdapat sinar yang penuh dengan keridhoan,
Terdapat sinar yang penuh dengan kesabaran,
Terdapat sinar yang penuh dengan kasih dan sayang,
Terdapat pula sinar kelelahan kerana menjaga aku.

Aku...

Aku yang selalu menyusahkanmu,
Aku yang selalu meminta perhatianmu,
Aku yang telah menghabiskan air susumu,
Dan aku yang selalu menyusahkanmu hingga muncul tangisanmu,

Ibu...
Engkau menangis kerana aku,
Engkau sedih kerana aku,
Engkau menderita kerana aku,
Engkau kurus kerana aku,
Dan engkau korbankan segalanya untuk diriku.

Ibu...
Jasamu takkan pernah terbalas,
Jasamu takkan pernah terbeli,
Jasamu takkan pernah ada akhirnya,
Jasa-jasamu terlukis indah di dalam syurga.

Ibu...
Hanya doa yang bisa kupersembahkan untukmu,
Kerana jasamu tiada pernah terbalas olehku,
Hanya tangisanku sebagai saksi,
Atas rasa cintaku padamu,
"IBU AKU SAYANG KEPADAMU"

Ibu...
Ibu saat kau terduduk dalam lelah,
Yang sangat aku khuatir,
Aku rasakan salah bergumpal-gumpal.

Ibu...
Saat kau menasihatiku,
Aku mengerti, Aku faham,
Semua harapanmu inu,
Saat melihatmu menangis,
Aku hancur saat melihatmu sakit,
Aku hancur.

Aku...
Aku tidak kuat kerana air matamu,'
Kerana air matamu adalah butiran-butiran kristal,
Dari lelahnya sebuah perjuangan,
Disitu tercetak dosaku..

Karena...
Kerena sakitmu adalah tumpukan beban,
Beban yang kau bawa disitu pula tercetaknya DOSAKU,
Melihat itu semua, akuharus berbuat APA?
Aku tidak kuat.

Aku...
Aku amat bersalah terhadap ibu,
Rasanya percuma aku pergi mengejar cita-cita,
Kalau ibu lelah dan sakit,
Lalu aku diam sahaja,
Aku amat merasa bersalah terhadap ibu.
Salah seorang yang dapat menenangkan diri ku,
Ialah hanya ibu ku.

Pada...
Pada saat kau duduk kelelahan,
Memandang anakmu dengan kebahagiaan,
Kurasa malaikat dilangit melimpahkan Selawatny,
Kepadamu ibuku dan Tuhan berikan senyuma,
Senyuman rahmat-Nya khusus buatmu ibuku.

Ibu...
Selamat Hari Lahir yang ke-57 ibuku,
Selamat menempuihi kehidupan mu ibuku,
Selamat memperjuangkan anakmu ini ibuku..

Khas Ku Tulus Untuk Ibuku 
Rozanahasyirah
010587
Salmah Binti Sagi
25/05/1955




HANYA KITA..

Walau siapa dan di mana pun kita,
Yang di nanti adalah harapan,
Bukannya kepastian..


Yang dibawah adalah hati,
Bukannya diri, 
Yang tinggal adalah kenangan,
Bukannya ingatan..

Yang tersimpan adalah cinta,
Bukannya rasiah,
Yang bahagia, yang derita hanyalah kita,
Bukannya siapa..

Yang ada pada diri adalah hati,
Yang menerima teguran adalah diri,
Yang perlu dijaga adalah hati,
Yang dinanti adalah mati..

Dunia hanya tempat persingahan,
Akhirat yang kekal abadi menanti,
Yang dibawa nanti adalah amalan,
Sebagai bekalan pada diri..

Yang disakiti adalah diri,
Yang memendam adalah hati,
Yang memerhati kita adalah ILAHI,
Yang menciptakan kita adalah ILAHI...

Beringat sebelum mati,
Beramal sebelum mati,
Kerana mati sentias dengan kita,
Kerana mati pada bila-bila sahaja...

itulah suatu kepastian
Rozanahasyirah
010587

Monday, 21 May 2012

TENTANG AKU DAN DIA (RINGKASAN)

Terpandangkan wajah mu untuk pertama kalinya,
Aku senyum akan dirimu, lalu senyuman ku berbalas.
Bertemu dengan diri mu buat yang kedua kalinya,
Aku menegur HAI…
Kau membalas HAI…
Dalam hati berkata, kenapa dia tidak memberi salam, ASSALAMMUALAIKUM,
Pasti akan ku jawab, WAALAIKUMSALAM.
Berkenalan dengan rapatnya melalui kawan baik ku,
Mula beriadah petang dan beriadah hujung minggu bersama.
Perkenalan dengannya semakin rapat dan akrab sekali,
Bertukar nombor telefon,
Usikkan sms bermula manja,
Bila sehari tidak bermasej, diri menjadi gunda-gulana.
Suatu ketika cuti semester hampir tiba,
Dia seakan mengatakan sesuatu,
Melihat dari renungan matanya, pastinya dia ingin mengatakan
AKU CINTAKAN KAU
Tetapi perkataan itu tidak diperkatakan,
Lalu dirinya terus berjalan dan SMS masuk ke telfon ku.
Barulah dia menyatakan
Sebenarnya kan aku mahu cakap,
AKU CINTAKAN KAU,
Tetapi aku takut untuk menyatakannya dihadapan mu,
Sebab kau GARANG…
Berfikir beberapa hari..
Lalu aku mengambil keputusan bahawa,
Diri tidak ingin terasa jauh darinya,
Mula mengikat janji, akan mengongsi kasih
Bila sudah berpaut kasih dan sayang, semua pergerakan akan dilaporkan.
Terkadang terasa seperti terkongkong dan dikongkong.
Tetapi apa kan daya, bila kasih akan dirinya.
Semua kepentingan diri diketepikan, hanya inging menjaga hati kecilnya..
Tetapi…
Bagaimana dengan hati kecil ku ini???
Adakah dia memahami akan diri ku?
Orang lain bercinta juga, apakah ini yang berlaku kepada mereka juga??
Terkadang terlepas nada suara yang kurang menyenangkan,
Kerana sudah tidak mampu ku tahan di dada ini.
Sakit…
Memang sakit bila memperjuangkan cinta yang hanya sia-sia,
Pedih ku rasa bila kasih terputus,
Ingin salahkan siapa?
Diri ini, atau dirinya?
Kedua-duanya sama sahaja.
Sakit bila, kasih sayang ini dibalas dengan racun yang berbisa,
Seakan melumpuhkan perasaan ini,
Seakan ingin memutup pintu hati buat seketika untuk bercinta sekian kalinya,
Kerana sakit ini masih terasa siksanya.
Seakan…
Seakan-akan rasanya aku dipermainkan olehnya,
Tetapi, kerana masih ada perasaan sayang yang kuat terhadap dirinya,
Aku tidak memperdulikan nasihat dan pandangan kawan-kawan terhadap dirinya,
Sekali lagi..aku menerima dirinya ke dalam hatiku ini,
Setelah beberapa minggu, aku merasakan sesuatu,
Perasaan yang kurang menyenangkan dalam perhubungan ini,
aku bertemu dengan dirinya,
Lalu berbincang akan hubungan ini diberhentikan buat seketika..
Dan jika perlu biarlah kita membawa haluan masing-masing.
Bukan niat untuk menyakiti hati kecil ini,
Belum sempat aku menyatakan untuk memutuskan hubungan dengannya,
Dia dengan tegas mengatakan bahawa,
AKU MAHU PUTUSKAN HUBUNGAN INI…
Rupanya apa yang ingin aku katakan, telah pun dirinya ucapkan terlebih dahulu.
Terasa legah hati ku..
Aku mengatakan terhadap dirinya.
TERIMA KASIH..AKU PUN MAHU HUBUNGAN INI DIPUTUSKAN…
Mukanya merah, aku tahu apa sebenarnya yang dirinya harapkan dari aku,
Tapi..
Tidak mungkin aku memujuknya untuk mengekalkan hubungan ini.
Sebelum aku disakiti lebih banyak dan terus merasakan kesakitan itu,
Lebih baik aku menerima akan keputusannya.
Setelah beberapa hari berlalu…
Dia menghubungi aku melalui SMS..
Dia bertanyakan, kenapa aku tidak bertanya,
Bilakah dia akan berangkat balik ke KAMPUNG..
Dan dia bertanyakan, kenapa kah aku tidak mengingatkan bahawa
Peperiksaan sudah tidak lama lagi..
Bagi aku, adakah aku akan mengambil berat lagi kepada dirinya…
Setiap SMS yang dihantarkan untuk aku, aku abaikan terus..
Untuk mengelakkan diri ini terus teringatkan akan dirinya,
Aku menyebokkan diri untuk melakukan kerja-kerja dan sehinggalah,
Aku berkenalan dengan seseorang…
Dan bermasej terus, untuk melupakan dirinya dan SMS2 yang dikirimkan untuk ku.
Alhamdulilah kini aku sedikit demi sedikit telah pun melupakan dirinya.
Dia seorang yang baik, tetapi dia tidak sepadak dengan aku.
Kerana aku seorang yang nakal.

Sekian lah cerita akan diriku…J

Wednesday, 29 February 2012

BINTANG KU

jika memperkatakan tentang Bintang. Apa yang kita boleh bayangkan?
       - Penyanyi, Artis, Pelakon.
       - Cahaya yang terang ( objek yang bercahaya terang ).
       - Sesorang yang menjadi IDOLA.
       - Artis pujaan.

Puisi
        Dua belas bintang di langit,
        Bintang diraja dari Melaka,
        Kata tuan pinang bergigit,
        Kapur bercampur air mata.

Peribahasa
        Sepuluh bintang bertabur,
        Bolehkah sama dengan bulan yang satu.
    Maksudnya
        Seorang kekasih tidak dapat diganti dengan orang lain,
        Walau berapa banyak sekalipun.      

Tuesday, 28 February 2012

TENTANG DIA

TENTANG DIA...

Dia ialah insan yang teristemewah dalam hidup ini. Dia insan yang membawa seribu satu harapan baru dalam hidup ini. Dia memberi penyuluh dikala diri ini berada dalam kegelapan. Dia banyak mengajar erti hidup dalam diri ini. Dia mengajar diri ini untuk hidup susah. Dia insan yang amat bermakna pada aku..

TETAPI...

Ada kalanya aku rasakan dia juga insan yang banyak menyusahkan hidup ini. Banyak memberi masalah pada ku. Banyak menyakiti hati ini. Banyak memberi alasan bila dirinya yang bersalah. Lebih suka merajuk. Suka diberi perhatian sepenuhnya. Tidak pernah faham tetntang kesebokkan yang melanda diri ini.

NAMUN...

Kenapa aku ingin menyayangi insan yang bernama DIA??
Kenapa aku masih ingin mendengar masalahnya??
Kenapa aku masih mahu mengambil tahu tentang hidupnya??

Walau apa pun yang DIA lakukan, insya'allah aku akan bertahan dengannya seandainya aku tercipta dari TULANG RUSUKNYA. aku amat menyayangi DIA, walaupun DIA tidak menyayangi aku. mungkin kah DIA tidak tahu bahawa sayang ku terhadapnya amat mendalam.

Walau apa pun mereka katakan tentang DIA. Aku akan mendengarkannya sahaja, namun jauh disudut hati ini adalah mempertahankan apa yang sepatutnya. Memang betul apa yang diperkatakan oleh mereka tentang DIA. Bagi ku, siapa lagi yang ingin mempertahankan kebenarannya melainkan aku. Aku akan pertahankan diri mu walau apa pun yang terjadi.

Monday, 7 March 2011

ADA

Perkataan ADA selalunya sering kali digunakan untuk melengkapkan ayat, Sama ada dalam perbualan, perbincangan, skrip, lirik lagu dan macam-macam lagi. Ianya bebas digunakan di mana-mana sahaja, tidak mengira masa, ketika, tempat, Contohnya ialah-: 

1.       Saya ada kelas hari ini. 
2.       Saya ada basikal baru. 
3.       Ayah ada belikan saya buku baru.

Jadi apa yang saya ingin katakana di sini ialah, walaupun kita suka menggunakan perkataan ADA dan tidak boleh berjauhan atau tidak lengkap sesuatu ayat tersebut tanpa menggunakan perkataan ADA, sila lah gunakan perkataan tersebut pada ayat yang membawa maksud baik. Agar setiap penggunaan perkataan ADA itu tidak menyingung, mengecilkan hati dan menyindir individu dan rakan-rakan yang ada di sekitar anda.

Sebagai seorang kawan, saya merasa kesal sekali kerana ada di kalangan kawan-kawan suka menggunakan perkataan ADA sebagai pelengkap ayat sindiran. Kekesalan ini lahirnya dari hati kecil yang tidak mempu menyimpannya. Sebagai seorang GRADUAN sebaiknya kita fikirkan terlebih dahulu apa yang kita hendak katakan, kita adalah contoh kepada adik-beradik dan orang awam. Kerana setiap apa yang kita lakuakan adalah cermin diri dan institusi.