KAWAN-KAWANKU

Tuesday, 28 February 2012

TENTANG DIA

TENTANG DIA...

Dia ialah insan yang teristemewah dalam hidup ini. Dia insan yang membawa seribu satu harapan baru dalam hidup ini. Dia memberi penyuluh dikala diri ini berada dalam kegelapan. Dia banyak mengajar erti hidup dalam diri ini. Dia mengajar diri ini untuk hidup susah. Dia insan yang amat bermakna pada aku..

TETAPI...

Ada kalanya aku rasakan dia juga insan yang banyak menyusahkan hidup ini. Banyak memberi masalah pada ku. Banyak menyakiti hati ini. Banyak memberi alasan bila dirinya yang bersalah. Lebih suka merajuk. Suka diberi perhatian sepenuhnya. Tidak pernah faham tetntang kesebokkan yang melanda diri ini.

NAMUN...

Kenapa aku ingin menyayangi insan yang bernama DIA??
Kenapa aku masih ingin mendengar masalahnya??
Kenapa aku masih mahu mengambil tahu tentang hidupnya??

Walau apa pun yang DIA lakukan, insya'allah aku akan bertahan dengannya seandainya aku tercipta dari TULANG RUSUKNYA. aku amat menyayangi DIA, walaupun DIA tidak menyayangi aku. mungkin kah DIA tidak tahu bahawa sayang ku terhadapnya amat mendalam.

Walau apa pun mereka katakan tentang DIA. Aku akan mendengarkannya sahaja, namun jauh disudut hati ini adalah mempertahankan apa yang sepatutnya. Memang betul apa yang diperkatakan oleh mereka tentang DIA. Bagi ku, siapa lagi yang ingin mempertahankan kebenarannya melainkan aku. Aku akan pertahankan diri mu walau apa pun yang terjadi.

No comments:

Post a Comment