Terpandangkan wajah mu untuk pertama kalinya,
Aku senyum akan dirimu, lalu senyuman ku berbalas.
Bertemu dengan diri mu buat yang kedua kalinya,
Aku menegur HAI…
Kau membalas HAI…
Dalam hati berkata, kenapa dia tidak memberi salam, ASSALAMMUALAIKUM,
Pasti akan ku jawab, WAALAIKUMSALAM.
Berkenalan dengan rapatnya melalui kawan baik ku,
Mula beriadah petang dan beriadah hujung minggu bersama.
Perkenalan dengannya semakin rapat dan akrab sekali,
Bertukar nombor telefon,
Usikkan sms bermula manja,
Bila sehari tidak bermasej, diri menjadi gunda-gulana.
Suatu ketika cuti semester hampir tiba,
Dia seakan mengatakan sesuatu,
Melihat dari renungan matanya, pastinya dia ingin mengatakan
AKU CINTAKAN KAU
Tetapi perkataan itu tidak diperkatakan,
Lalu dirinya terus berjalan dan SMS masuk ke telfon ku.
Barulah dia menyatakan
Sebenarnya kan aku mahu cakap,
AKU CINTAKAN KAU,
Tetapi aku takut untuk menyatakannya dihadapan mu,
Sebab kau GARANG…
Berfikir beberapa hari..
Lalu aku mengambil keputusan bahawa,
Diri tidak ingin terasa jauh darinya,
Mula mengikat janji, akan mengongsi kasih
Bila sudah berpaut kasih dan sayang, semua pergerakan akan dilaporkan.
Terkadang terasa seperti terkongkong dan dikongkong.
Tetapi apa kan daya, bila kasih akan dirinya.
Semua kepentingan diri diketepikan, hanya inging menjaga hati kecilnya..
Tetapi…
Bagaimana dengan hati kecil ku ini???
Adakah dia memahami akan diri ku?
Orang lain bercinta juga, apakah ini yang berlaku kepada mereka juga??
Terkadang terlepas nada suara yang kurang menyenangkan,
Kerana sudah tidak mampu ku tahan di dada ini.
Sakit…
Memang sakit bila memperjuangkan cinta yang hanya sia-sia,
Pedih ku rasa bila kasih terputus,
Ingin salahkan siapa?
Diri ini, atau dirinya?
Kedua-duanya sama sahaja.
Sakit bila, kasih sayang ini dibalas dengan racun yang berbisa,
Seakan melumpuhkan perasaan ini,
Seakan ingin memutup pintu hati buat seketika untuk bercinta sekian kalinya,
Kerana sakit ini masih terasa siksanya.
Seakan…
Seakan-akan rasanya aku dipermainkan olehnya,
Tetapi, kerana masih ada perasaan sayang yang kuat terhadap dirinya,
Aku tidak memperdulikan nasihat dan pandangan kawan-kawan terhadap dirinya,
Sekali lagi..aku menerima dirinya ke dalam hatiku ini,
Setelah beberapa minggu, aku merasakan sesuatu,
Perasaan yang kurang menyenangkan dalam perhubungan ini,
aku bertemu dengan dirinya,
Lalu berbincang akan hubungan ini diberhentikan buat seketika..
Dan jika perlu biarlah kita membawa haluan masing-masing.
Bukan niat untuk menyakiti hati kecil ini,
Belum sempat aku menyatakan untuk memutuskan hubungan dengannya,
Dia dengan tegas mengatakan bahawa,
AKU MAHU PUTUSKAN HUBUNGAN INI…
Rupanya apa yang ingin aku katakan, telah pun dirinya ucapkan terlebih dahulu.
Terasa legah hati ku..
Aku mengatakan terhadap dirinya.
TERIMA KASIH..AKU PUN MAHU HUBUNGAN INI DIPUTUSKAN…
Mukanya merah, aku tahu apa sebenarnya yang dirinya harapkan dari aku,
Tapi..
Tidak mungkin aku memujuknya untuk mengekalkan hubungan ini.
Sebelum aku disakiti lebih banyak dan terus merasakan kesakitan itu,
Lebih baik aku menerima akan keputusannya.
Setelah beberapa hari berlalu…
Dia menghubungi aku melalui SMS..
Dia bertanyakan, kenapa aku tidak bertanya,
Bilakah dia akan berangkat balik ke KAMPUNG..
Dan dia bertanyakan, kenapa kah aku tidak mengingatkan bahawa
Peperiksaan sudah tidak lama lagi..
Bagi aku, adakah aku akan mengambil berat lagi kepada dirinya…
Setiap SMS yang dihantarkan untuk aku, aku abaikan terus..
Untuk mengelakkan diri ini terus teringatkan akan dirinya,
Aku menyebokkan diri untuk melakukan kerja-kerja dan sehinggalah,
Aku berkenalan dengan seseorang…
Dan bermasej terus, untuk melupakan dirinya dan SMS2 yang dikirimkan untuk ku.
Alhamdulilah kini aku sedikit demi sedikit telah pun melupakan dirinya.
Dia seorang yang baik, tetapi dia tidak sepadak dengan aku.
Kerana aku seorang yang nakal.
Sekian lah cerita akan diriku…J
No comments:
Post a Comment