Perkataan ADA selalunya sering kali digunakan untuk melengkapkan ayat, Sama ada dalam perbualan, perbincangan, skrip, lirik lagu dan macam-macam lagi. Ianya bebas digunakan di mana-mana sahaja, tidak mengira masa, ketika, tempat, Contohnya ialah-:
1. Saya ada kelas hari ini.
2. Saya ada basikal baru.
3. Ayah ada belikan saya buku baru.
Jadi apa yang saya ingin katakana di sini ialah, walaupun kita suka menggunakan perkataan ADA dan tidak boleh berjauhan atau tidak lengkap sesuatu ayat tersebut tanpa menggunakan perkataan ADA, sila lah gunakan perkataan tersebut pada ayat yang membawa maksud baik. Agar setiap penggunaan perkataan ADA itu tidak menyingung, mengecilkan hati dan menyindir individu dan rakan-rakan yang ada di sekitar anda.
No comments:
Post a Comment