KAWAN-KAWANKU

Thursday, 24 May 2012

HANYA KITA..

Walau siapa dan di mana pun kita,
Yang di nanti adalah harapan,
Bukannya kepastian..


Yang dibawah adalah hati,
Bukannya diri, 
Yang tinggal adalah kenangan,
Bukannya ingatan..

Yang tersimpan adalah cinta,
Bukannya rasiah,
Yang bahagia, yang derita hanyalah kita,
Bukannya siapa..

Yang ada pada diri adalah hati,
Yang menerima teguran adalah diri,
Yang perlu dijaga adalah hati,
Yang dinanti adalah mati..

Dunia hanya tempat persingahan,
Akhirat yang kekal abadi menanti,
Yang dibawa nanti adalah amalan,
Sebagai bekalan pada diri..

Yang disakiti adalah diri,
Yang memendam adalah hati,
Yang memerhati kita adalah ILAHI,
Yang menciptakan kita adalah ILAHI...

Beringat sebelum mati,
Beramal sebelum mati,
Kerana mati sentias dengan kita,
Kerana mati pada bila-bila sahaja...

itulah suatu kepastian
Rozanahasyirah
010587

No comments:

Post a Comment