KAWAN-KAWANKU

Thursday, 17 May 2012

OMBAK RINDU KU..


Aku meniti disebuah pantai, pantai yang sering bermain dengan ombak. Aku hanya terpaku menyaksikan sebuah kehadiran, seorang putera yang mengisi kekosongan.. lalu… aku lihat ombak ganas menyambar pandangan, pandangan pada putera yang berdiri gagah.. kini… pandangan ku kosong tanpa bayangan, aku hanya menyaksikan keindahan, lantaran diri belenggu dengan penderitaan, tangisan sebuah derita sering bergema, berlagu… beralun… dengan irama yang gulana, aku sering bertanya.. mengapa derita untuk diri ini, mengapa hati perlu menangis, hanya aku sering bersuara, tapi tidak ku temu jawapan yang indah, adakah tangisan derita telah bermula?.. mengapa menangis hati yang derita?.Lantar persoalan terus di minda..

Semalam…
Tangisan memecah sebuah kesunyian, aku ibarat empangan yang telah hilang kawalan, hanya kerana menanti, seorang putera yang hilang dari pandangan, wahai putera… di mana kau menghilang, adakah kau hanya hadir dikala aku kesepian??.

Hari ini…
Bayangan sang arjuna datang kembali, menyeri sekeping hati yang tidak pasti, hadirlah dikau wahai arjuna.. hadirlah mengisi kekosongan hati.. gembirakan sebuah hati yang telah lama menyepi, gembirakan seorang perindu yang sedang merintih, hanya menunggu sang arjuna yang tidak kunjung lagi…menanti saat-saat cinta berputik kembali.

Tangisan..
Tangisan sebuah derita…hanya bermain dalam hatiku…hanya aku yang mampu merasainya, duka hatiku tiada siapa yang tahu, derita hatiku tiada penghujung, hanya aku yang merasai waktu walau sekecil kuman sekalipun… tiada apa yang mampu ku lakukan, hanya tangisan menjadi peneman tidurku…

No comments:

Post a Comment