Pada hari ini,
Buat sekian kalinya hatiku terusik kembali, terimbau kenangan lalu yang masih segar dalam ingatanku biarpun seringkali meruntuh hatiku. Hujan renyai yang membasahi bumi, seakan mengerti derita perasaanku ini serta yang kutanggung, sendu yang kuhitung bercampur-baur menjadi lukisan yang sukar difahami.
Tangisan!!
Hatiku menangis lagi, MERAUNG!! Batinku terseksa..oh Tuhan!!.Apa sebenarnya takdirmu untukku?. Apa sebenarnya hikmah semua ini?. Aku sudah tidak sanggup lagi meredah, Aku sudah tidak berdaya!! Aku letih!!
Mengapa!!
Mengapa dirinya masih kurindu?. Mengapa hatiku berat untuk melupakannya?. Mengapa???. Mengapa mesti dia yang kucinta?
Apa!!
Apa, tidak cukupkah penderitaan yang diberikan kepadaku dulu?. Jangan ditanya soal kecewah, kerana hatiku sudah lama menderita, parutnya masih berbekas dan berdara. Jadi,mengapa???. Mengapa dia harusku kenang lagi??
Hati!!
Oh hati…aku merayu, aku mohon kau lupakanlah dia, dia telah lama pergi dari hidupku, teruskanlah kehidupanmu dengan sebaliknya. Walau hati berderai, dia masih kucintai, kerana cinta itu fitrah dariNya, kasih itu anugerah dariNya. Cuma aku mahu kau lagi mengerti erti penderitaan sekeping hati...
No comments:
Post a Comment