KAWAN-KAWANKU

Friday, 18 May 2012

ERTI KEJAYAAN DIRI.

Setiap kali, mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insane tersayang.
Semasa masih di bangku pengajian, kita mengukur kejayaan diri pada bertambahnya pengtahuan. Lebih banyak kita tahu, terasa diri meningkat menjadi lebih baik daripada semalam. Bagi yang lebih mendalam, kejayaan diri diukur pada sejauh manapengtahuan ituberjaya menjadi amal. Bagaimana bertambahnya pengtahuan, menambah amal dijalan kebaikan. Pertambahan amal itu menjadikan kita lebih baik berbanding semalam.

Namun dengan bertambahnya usia, apabila kita bukan lagi seorang individu, kejayaan pengtahuandan amal menjadi kecil tidak bererti. Jika semalam masa yang lalu, kita adalah individu yang mengukur kejayaan pada apa yang dicapai oleh peribadi, kini ukuran itu sudah tidak bermakna.
Setiap kali mengukur kejayaan pada sejauh mana kejayaan peribadi dapat dipindahkan kepada insane tersayang. Jika seumur hidup kita menjadi anak tersayang, pelajar cemerlang, kawan terbilang, kini… mampukah semua ini membekas pada isteri, suami dan anak-anak? Kita membuang segala penghargaan dunia kepada kejayaan diri, jika kejayaan itu pada sebuah peribadi. Pada insane yang telah berumah tangga dan berkeluarga, kejayaan hakikinya adalah padakeupayaan diri untuk membawa orang lain Berjaya sama. Membawa isteri, membawa suami, dan anak-anak untuk cemerlang sama.
Inilah perasaan seorang bapa, semasa melihat perkembangan anak-anak pada A, B, C dan 1, 2, 3 harinya. Pada Alif, Ba, Ta dan doa-doa hafalannya. Pada akhlak dan keperibadiannya, bahawa padamula cahaya mataku, erti kejayaan hidup matiku… Maka adik-adik ku semasa di bangku pengajian, belajarlah untuk berkongsi kejayaan dengan rakan dan taulan. Jika telah terasa manisnya IMAN, sebarkanlah kemanisan itu dengan menghulurkan tangan pada sebuah dakwah dan bimbingan. Belajarlah mengukur kejayaan diri pada kejayaan membawa orang lain Berjaya bersama. Sesungguhnya pengalaman itulah bakal teruji, apabila isteri, suami dan anak-anak menanti untuk dibawa kepada sebuah kejayaan bersama, menanti usia pada menuju hari tua.

Syurga Di AkhiratTidak mungkin syurga di akhirat menjadiHabuan kita, andai dunia bersalut nerhaka.Dunia lading akhirat, apa yang di semai Pada hidup sementara ini, itulah tuaianDi akhirat yang kekal abadi.

Sumber Rujukan-: Edisi Istemewah
AKU TERIMA NIKAHNYA
HASRIZAL ABDUL JAMIL
M/S 165

No comments:

Post a Comment